Sunday, February 21, 2010

Borang HeadCount HC3

Guru guru subjek sila download borang HC3 di ruangan download dan lengkapkan untuk ditampalkan dalam buku rekod mengajar masing-masing.

Marksheet UBB 1 (Februari)

Guru-guru kelas diminta memuatturun marksheet kelas masing-masing di ruangan download. Untuk makluman guru kelas perlu menghantar marksheet yang telah siap samada secara byhand selewat-lewatnya pada 1 Mac 2010 atau pun emailkan kepada kbgkerian2@gmail.com. Terima kasih.
Terima kasih.

Saturday, February 20, 2010

Jadual UBB 1 (Februari)

Guru-guru dan para ibubapa boleh dapatkan jadual peperiksaan UBB1 Bulan Februari 2010 di ruangan download mulai sekarang.

Friday, February 5, 2010

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 2

Pada hari ini telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG SK KUbang Kerian 2 kali ke 21/2010 dan Hari Kecemerlangan UPSR beserta Majlis Jamuan Kesyukuran Sempena Kejayaan UPSR 2009
Sekitar majlis sepertimana snapshot di bawah.
Para ibubapa sedang sibuk di kaunter pendaftaran

Kelihatan para ibubapa dan guru-guru sibuk menyiapkan hidangan. Terima kasih En Saufi and the gang!!...

Sekitar majlis yang berlangsung dengan penuh suasana muhibbah

Tahniah kepada murid-murid yang berjaya. Semoga kejayaan anda menjadi perangsang kepada murid-murid UPSR tahun ini!!

Wednesday, February 3, 2010

Latihan Rumah Sukan Bermula


Semalam bermulalah latihan rumah sukan bagi warga SKKK2. Semua warga bersungguh-sungguh menjayakan latihan rumah ini dengan penuh semangat kesukanan. Pada tahun ini pihak sekolah akan mengadakan Larian Merentas Desa sebagai acara utama tahun ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...