Wednesday, May 23, 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

sekitar acara dewan...
acara kaki hantu...
seronoknya beraktiviti...

acara lumba basikal...

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 24 Mei 2012,Satu majlis sambutan   Hari Guru peringkat telah diadakan dalam suasana yang sederhana tetapi meriah.Acara yang diadakan pada hari  ini merupakan lanjutan daripada sambutan yang diadakan pada 16 Mei 201`2 baru-baru ini.
      Fasa satu dimulakan dengan acara padang.Dalam acara padang,pasukan guru telah dibahagikan kepada empat pasukan,yakni Pasukan Merah.Biru,Kuning dan Hijau.Acara padang dimulakan dengan membaling  pundi kacang ke dalam bakul,diikuti dengan bolong kelapa,kemudian disusuli pula dengan mengayuh basikal berhalangan,pakaian beragam dan diakhiri dengan acara mengoyak kertas,kemudian menyambungnya dan diukur pasukan manakah yang paling panjang menyambung tali yang diperbuat daripada kertas ini.Johan keseluruhan disandang oleh Rumah Hijau dengan pungutan mata sebanyak 20,tempat ke dua disandang oleh Rumah Biru dengan pungutan mata 15,manakala tempat ketiga dimenangi oleh Rumah  Merah dan tempat ke empat pula disandang oleh Rumah Kuning dengan pungutan mata 5.Acara dihentikan sementara kerana memberi laluan kepada para guru dan murid berehat.
       Seterusnya disambung pula dengan fasa ke dua,yakni acara dewan.Acara dewan tidak lengkap kiranya tidak dimulakan dengan bacaan doa.Untuk itu,Ustaz Mohd zaki B Yaacob telah memulakan acara dewan dengan memanjatkan doa ke hadrat Ilahi semoga perjalanan majlis pada hari ini diberkati oleh Allah Azzawajalla.Diikuti dengan ucapan wakil murid,kemudian disusuli pula dengan ucapan daripada wakil guru.Wakil guru pada kali ini ialah Pn.Hjh Syarifah.Sebagai menghargai jasa para guru terhadap para muridnya,maka Puan Hjh Syarifah telah mendeklamasikan sebuah sajak yang tidak asing lagi.Antara bait-bait yang sempat saya petik adalah::
       Dialah pemberi paling setia,
       Tiap akar ilmu miliknya
       Pelita dan lampu segala
       Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
       Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
       Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
       Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
       Seribu tahun katanya menjadi hikmat........
          Seterusnya diikuti dengan ucapan Tuan Guru Besar Skkk2 yang sudah semestinya sebagai pelengkap majlis.Dalam ucapannya,Tuan Guru Besar terlebih dahulu mengucapkan gunungan terima kasih kepada para guru di Skkk2 yang telah bertungkus lumus mengajar dan mendidik seluruh murid-murid Skkk2 ke arah melahirkan insan yang seimbang jasmani,rohani,emosi,intelek dan sosial (JERISO).Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu  " Guru Malaysia" dan lagu tema hari guru.majlis sampai ke muncaknya dengan acara persembahan terbuka daripada guru ,murid-murid prasekolah dan juga persembahan murid Tahap 1 dan tahap 2.Seterusnya Tuan Guru Besar berbesar hati menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada para guru Skkk2.Semoga acara-acara seperti ini akan diteruskan lagi pada masa-masa mendatang.SELAMAT HARI GURU SEMUA....KHUSUS BUAT PARA GURU....DIKAULAH PELITA,DIKAULAH MATAHARI YANG SELALU MENYINARKAN CAHAYANYA......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...