Tuesday, November 27, 2012

Kursus Adobe Photoshop Utk GPB dan JTK

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 26 dan 27 November 2012,Guru Penyelaras Bestari dan Juruteknik Komputer Skkk2 telah menghadiri Kursus Adobe Photoshop  di Sk Pasir Hor.Kursus ini dianjurkan oleh Unit ICT dan Pengkomputeran JPN Kelantan.Pengurusnya adalah Penolong Pengarah  Unit ICT dan Pengkomputeran JPN Kelantan,Puan Zuriah Bt Mohamed,manakala penceramahnya adalah Encik Rosnan B Muhammad ( Guru Besar Cemerlang Sk Chenulang,Kuala Krai Kelantan).Banyak input yang diperolihi melalui kursus ini.Kursus sebegini sebenarnya telah dianjurkan oleh PKG Tapang dan juga Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri.Namun semakin banyak kursus yang dihadiri oleh JTK dan GPB,maka semakin banyak ilmu yang diperolihi.Semoga dengan apa yang diterima di tempat-tempat kursus membolehkan GPB dan JTK memikul tugas dan tanggungjawab dengan lebih lancar lagi.Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur kursus dan juga penganjur.Semoga dapat kita semarakkan dunia pendidikan dengan ilmu Teknologi Pengkomputeran dengan lebih licin dan lancar serta lebih kreatif...
Banner yang dihasilkan semasa kursus yang juga merupakan tugasan kursus....
Hasil kerja JTK .......
Hasil tugasan oleh GPB ....
Hasil kerja GPB...gambar peserta kursus yang asalnya diambil  di dalam makmal komputer Sk Pasir Hor...

Sunday, November 18, 2012

Pengumuman Keputusan UPSR

Sk Kubang Kerian 2 - Tanggal 19 N0vember 2012,Saat-saat yang ditunggu telah tiba dengan pengumuman Keputusan UPSR yang telah diumumkan pada hari ini.Seramai 40 orang calon telah mendapat 5A.Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya......keputusan penuh akan diupdate kemudian.Admin terpaksa menunggu penyerahan analisa penuh daripada Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik Skkk2.Sekian harap maklum.......terima kasih!
resah menunggu keputusan.....
ucapan PKP Skkk2,Encik Mohd Ariffin ....
sesi penyampaian slip UPSR 2012....
5A...
4 A...

Thursday, November 8, 2012

Majlis Graduasi Tahun 6 Dan Prasekolah

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 9 November 2012,majlis graduasi murid-murid Tahun 6 telah diadakan serentak dengan prasekolah.Ianya berjalan dalam suasana yang sederhana,namun tetap meriah Kegembiraan dan kegirangan  jelas terpancar di wajah anak-anak yang belum mengenal erti dukacita ini.majlis graduasi ini sekaligus merupakan majlis penamat bagi pemngajian mereka di alam prasekolah manakala bagi murid Tahun 6 pula,bakal meninggalkan alam persekolahan rendah,menuju ke alam sekolah menengah.Pelbagai cara mereka mengekspresi diri bagi melahirkan perasaan yang terbuku di hati.ada yang menulis pada baju sendiri,bertukar-tukar menulis pada baju rakan-rakan seolah-olah autograf benar-benar menunjukkan mereka sangat teruja dengan perpisahan yang bakal dilalui beberapa detik ."Selamat bercuti diucapkan kepada seluruh warga Skkk2"
Murid-murid prasekolah(A) bergambar kenangan bersama para pentadbir dan guru mereka

Murid-murid prasekolah(B) bergambar kenangan bersama para pentadbir Skkk2 dan guru serta PPM mereka

Salam Perpisahan

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 9 November menyaksikan perpisahan buat seorang warga guru yang sudah lama menabur jasa dan bakti di bumi Kerian yang damai ini.Butiran hujan yang turun membasahi bumi seolah turut meyaksikan kepiluan yang menyelubungi hati warga Skkk2 lantaran kehilangan seorang insan guru yang sangat berjasa kepada ratusan,malah ribuan pelajar di sini.Beliau ialah Pn Hajjah Noraishah Bt Yahya.Beliau telah menamatkan perkhidmatan di sini atas persaraan wajib  pada 1 December 2012 dan telah diraikan dengan rasminya pada sesi akhir persekolahan bagi tahun 2012 ini.Salam perpisahan dihulurkan buat Puan Hjh Noraishah.Semoga Puan sentiasa dirahmati Allah dan bagi kami warga Skkk2 akan sentiasa mengenangi Puan dalam doa quddus kami.hayatilah bait-bait puisi yang tak seberapa ini dari kami semua:

Pertemuan berlaku di penjuru matamu
yang ungu lalu membiru,
pertemuan berlalu di penjuru dadamu,
yang sayu lalu terharu......





Wednesday, November 7, 2012

GB Skkk2 Sudah Dibenarkan Pulang Dari Hospital

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 7 November 2012,Tuan Guru Besar Skkk2 sudah dibenarkan pulang oleh pihak Hospital Universiti Kubang Kerian (HUSM) setelah keluar dari dewan pembedahan pada 6 Nov 2012.Beliau telah dirawat disini selama beberapa hari lantaran menghadapi sedikit masalah pada jantung.Alhamdulillah,beliau telah selamat menjalani pembedahan dan sudah dibenarkan pulang pada tengah hari 7 November 2012.Semoga Allah sentiasa memelihara kesihatan beliau dan dapat kembali bertugas seperti biasa secepat mungkin .

Jamuan Kelas Tahun 6

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 6 November 2012,majlis  jamuan makan bagi murid-murid Tahun 6 telah disempurnakan dalam suasana yang meriah dan santai.Pelbagai juadah istimewa disediakan.Murid-murid bersama guru tidak ketinggalan membakar ayam dan makan bersama.Terima kasih diucapkan kepada guru-guru Tahun 6 dan juga murid-murid Tahun 6 sesi 2012.
sesi membakar ayam....
jemput makan.....

bakar...jangan tak bakar...

sikitnye!!!

bestnye cicah ngn pencicah adabi.....

Monday, November 5, 2012

Jamuan Perpisahan Pemimpin Kecil Sekolah

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 5 November 2012 Majlis perpisahan bagi para pemimpin kecil sekolah yang terdiri daripada Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber,Briged Bestari/ICT,Pembimbing Rakan Sebaya berjalan dalam suasana yang meriah dan terpancar cahaya kegembiraan di wajah para pemimpin kecil yang bakal menerajui kepimpinan dalam kalangan murid-murid sekolah ini.
     PK HEM,Puan Halimah bt Abdullah Kutty dalam ucaptamanya telah melahirkan rasa gembiranya terhadap kerjasama yang telah ditunjukkan oleh para pengurus pemimpin-pemimpin kecil ini yang sudah semestinya guru-guru penasihat pemimpin masing-masing telah terlebih dahulu memberikan kerjasama yang padu dalam menjayakan tiap apa jua aktiviti yang melibatkan para pemimpin kecil ini.Kehadiran semua guru SKKK2  di dalam majlis ini menambahkan keakraban antara para pemimpin cilik dengan para guru Skkk2.Semoga keakraban ini akan berpanjangan untuk selama-lamanya.......
Barisan pentadbir Skkk2

Guru-guru Skkk2 ...sabar menunggu ....

ucapan Tuan PKP En Mohd Ariffin B Yaacob
Hadiah kpd pemimpin kecil yang menunjukkan prestasi cemerlang...

penerima hadiah seterusnya.....


Perhimpunan Terakhir bagi Sesi 2012

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 04 Nonember 2012-Satu perhimpunan pagi telah diadakan di Dewan Harmoni.Perhimpunan ini merupakan perhimpunan terakhir bagi sesi 2012.Dalam perhimpunan ini,semua penolong kanan telah memberi mandat dan pesanan bagi unit masing-masing.Penolong Kanan Pentadbiran,En Mohd Ariffin Yaacob  telah mengingatkan murid-murid supaya menggunakan masa dengan sebaik-baiknya sepanjang cuti persekolahan yang bakal bermula hujung minggu ini.PK HEM pula mengingatkan murid-murid mengenai disiplin dan tingkah laku serta memberikan sedikit motivasi ke arah kesedaran tanggungjawab sebagai pelajar cemerlang,diikuti dengan Pk Ko yang juga telah memberi nasihat dan panduan ke arah mancapai kesejahteraan bersama."Selamat Bercuti " diucapkan kepada semua murid dan guru Skkk2.Gunakanlah masa cuti ini dengan sebaik-baiknya.....Pembelajaran adalah berterusan.....sepanjang hayat!!

Jamuan Perpisahan Tahun 6

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 04 Nonember 2012 Majlis Tahun 6 telah menyempurnakan jamuan perpisahan bagi murid Tahun 6.Kesemua murid Tahun 6 sesi 2012 telah dikumpulkan dalam satu majlis jamuan perpisahan ini.Wakil murid telah memeberi ucapan ringkas dan mengucapkan terima kasih di atas jasa dan sumbangan para guru kepada mereka selama ini.

sedapppp!!!

mendengar ucapan....perut dah berkeroncong...

yummy..

Pemantauan Blog Sekolah

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 1 November 2011,pemantauan blog sekolah telah dilaksanakan dengan jayanya oeh tiga orang pegawai BTPN ,meskipun pada ketika itu capaian internet kurang memuaskan.Sk Kubang Kerian 2 masih menggunakan ISP TM School Broad Band (TMSBB) yang sejak kebelakangan in sering terganggu capaiannya.
sesi velidifikasi blog bersama penilai GPB .....

capaian blog.....

verify....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...