Sunday, September 30, 2012

SALAM PERPISAHAN BUAT JURUTEKNIK KOMPUTER SKKK2

Penyerahan tugas secara rasmi di bilik guru besar Skkk2
Tahniah.....selamat bertugas di tempat baru....jangan lupa kami yer!
sekitar penyerahan tugas Juruteknik Komputer Skkk2 bersama Guru Besar dan Guru Penyelaras Bestari  Skkk2 yang berlangsung di bilik Guru Besar sebentar tadi
Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 30 September 2012,Sk Kubang Kerian 2 telah kehilangan satu aset yang sangat berharga dengan "penyerahan tugas" yang telah dibuat secara rasmi oleh juruteknik komputer Skkk2,Faizul Afzan b Mamat tepat jam 9.00 pagi tadi di bilik Tuan Guru Besar Skkk2.Turut hadir bersama dalam majlis penyerahan ini adalah Guru Penyelaras Bestari(GPB) Skkk2,Puan Wan Ramlah Bt Daud.
       Encik Faizul Afzan telah menyerahkan memorandum pertukaran yang telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia   dan juga dokumen serahan tugas secara rasmi untuk ditandatangani oleh Tuan Guru Besar,Encik Ismail b Ibrahim.Manakala fail-fail yang berkaitan dengan urusan penyelenggaraan  komputer serta fail-fail penting dan kunci-kunci bilik-bilik serta almari-almari bilik-bilik ICT kepada GPB Skkk2.

Tuesday, September 18, 2012

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2012


Sk.Kubang Kerian 2-tanggal 19 September 2012,satu temasya sukan tahunan telah dilaksanakan dalam suasana meriah dan gilang gemilang.temasya sukan tahunan ini berjalan selama dua hari,bermula hari ini dan akan berakhir petang besok(20 september 2012).
      Bagi memenuhi acara sebagaimana yang telah dirancang,tepat jam 7.45 pagi pada 19 september,murid-murid berhimpun di padang sekolah di bawah khemah pasukan masing-masing bersama para guru penasihat rumah masing-masing.majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku,Selamat Sultan dan seterusnya ucapan lafaz ikrar oleh semua pasukan yang akan bertanding sepanjang kejohanan sukan ini.Jam 8.30 pagi acara diteruskan dengan tiup belon lelaki Tahun 1,perempuan Tahun 1,tiup belon lelaki tahun 2,perempuan tahun 2,lari bawa bola pingpong dalam sudu lelaki tahun3,perempuan Tahun 3,isi air dalam botol lelaki dan perempuan Tahun 2,atur dan pungut bola prasekolah lelaki dan perempuan,atur dan pungut bola lelaki dan perempuan Tahun 1,junjung pundi kacang lelaki dan perempuan Tahun 1,terompah gajah lelaki dan perempuan Tahun 4,lari dalam guni lelaki dan perempuan tahun 5 dan 6,lari 500 meter lelaki dan perempuan Tahun 1 dan 2,dan sebagai mengakhiri acara pada hari pertama,tarik tali lelaki tahun 5 dan 6 dipertandingkan.Kesemua peserta menunjukkan komitmen yang tinggi dan semangat kesukanan yang sentiasa bersemarak semasa mengambil bahagian.Begitu juga dengan sokongan padu yang diberikan oleh ahli pasukan serta guru penasihat rumah,menambahkan lagi semangat kesukanan di kalangan para peserta.
         Untuk acara-acara yang dipertandingkan pada hari hari,hadiah-hadiah kemenangan telah disampaikan oleh jawatankuasa hadiah dan cenderahati yang diketuai oleh Puan Hjh Rabiah dan Puan Wan Zurina.majlis pada hari ini dipengerusikan oleh En.Mohd zaini dan Puan Mek Yas.
khemah urusetia...
persiapan untuk acara pungut bola...

Sunday, September 16, 2012

PENUTUP SAMBUTAN MERDEKA

Persembahan Kemerdekaan daripada murid-murid Tahap 2 perempuan
Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 17 September 2012,Satu Majlis penutup bagi sambutan merdeka telah diadakan dan disambut dalam suasana yang sederhana namun tetap meriah.Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Azman B Muhamad Zin.Majlis diteruskan dengan ucapan semangat daripada Penolong Kanan Pentadbiran,En Mohd Ariffinn B Yaakub.Dalam ucapannya beliau melahirkan rasa puas hatinya terhadap majlis sambutan kemerdekaan yang telah berjalan dalam keadaan meriah dan berjaya.Pelbagai program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Ucapan perasmian majlis Penutup Bulan Kemerdekaan oleh PKP Skkk2,En Mohd Ariffin Yaakub
Majlis dipengerusikan oleh Puan Roshaimah Bt Deraman

Wednesday, September 12, 2012

Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Aktiviti ini berlangsung pada 10 Julai 2012 yang lepas. Video ini baharu sahaja selesai disunting oleh En.Faizul Afzan ( Juruteknik Komputer SK Kubang Kerian 2). Semoga anda terhibur dengan kelincahan gerak tari  murid dan guru bersenam robik !!. 

Sunday, September 9, 2012

SELAMAT MENEMPUH UPSR 2012

"SELAMAT MENEMPUH UPSR  " diucapkan kepada semua calon UPSR SKKK2 sesi 2012.Semoga anda dapat menggunakan seluruh ilmu yang telah dicurahkan oleh guru-guru di sini.Gunakan seluruh usaha dan tenaga bagi menjawab segala soalan-soalan yang dikemukakan di dalam peperiksaan nanti..Kami seluruh warga Skkk2 sentiasa mendoakan kejayaan anda.Buatlah apa yang terbaik.Jagalah kesihatan anda sepanjang masa peperiksaan.jagalah juga masa tidur anda agar anda tidak mengantuk semasa menjelangnya hari peperiksaan nanti.Elakkan daripada tidur lewat malam.
"Kamulah anak-anak harapan bangsa"

Friday, September 7, 2012

MAJLIS RESTU ILMU


Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 8 September 2012,Satu Majlis Restu Ilmu telah dilaksanakan dengan jayanya di Dewan harmoni Skkk2.  Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Tuan Guru Besar,Encik Ismail B Ibrahim.Seterusnya disusuli dengan lafaz  ikrar oleh ketua murid ,Nurul Anis Syakirah Bt Che Mat dari Tahun 6 Terbilang.Diikuti pula dengan ucapan restu ilmu daripada ketua-ketua panitia sebagai mewakili subjek-subjek teras.Puan Norhayati mewakili guru-gru Bahasa Melayu,Tuan Hj.Aminudin mewakili guru-guru Matematik,Puan Zarima pula mewakili guru-guru Bahasa Inggris,Puan Che Faridah mewakili guru-guru Sains dan seterusnya guru-guru Pendidikan Islam diwakili oleh Puan Asliza Bt Hassan selaku Ketua Panitia Pendidikan Islam dan JQAF jua selaku pengerusi majlis pada hari ini.
           

Wednesday, September 5, 2012

CERAMAH MOTIVASI,RESTU IBUBAPA & SOLAT HAJAT PERDANA

Tuan Haji Mohd Zuki B Abd Ghani,Penolong PPD Pengurusan Kualiti ,Pejabat Daerah Pasir Mas,Kelantan.
Sk.kubang Kerian 2- Tanggal 6 September 2012,Ceramah  Motivasi UPSR  diadakan serentak dengan restu ibubapa serta solat hajat perdana.Ianya digabungkan serentak memandangkan pihak pengurusan dan jawatankuasa Kecemerlangan Akademik ingin memufaatkan masa yang sangat berharaga ini dalam hari yang sama bagi menjimatkan masa ibubapa yang sangat berharga.
     Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis,Puan Asliza Bt Hassan,diikuti dengan doa pembuka majlis oleh Al- Syeikh Ustaz Mohd Azman Mohd Zin.Seterusnya ceramah motivasi diteruskan bagi menghangatkan majlis oleh Tuan Haji Mohd Zuki B Abd Ghani,Penolong PPD Pengurusan Kualiti ,Pejabat Daerah Pasir Mas,Kelantan.

Tuesday, September 4, 2012

SAMBUTAN HARI RAYA DAN MERDEKA SKKK2

Sk. Kubang Kerian 2- Tanggal 30 Ogos 2012,Majlis sambutan hari Raya Aidil Fitri telah diadakan bersama sambutan kemerdekaan dalam suasana yang sederhana,namun tetap meriah dengan penampilan murid-murid yang berpakaian serba baru.majlis ini telah disempurnakan di bawah kelolaan Unit HEM Skkk2.

Mari mewarna Logo Merdeka

Disediakan oleh : FAIZUL AFZAN
JURUTEKNIK KOMPUTER SKKK2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...