Wednesday, November 13, 2013

Majlis Graduasi &Penyampaian Kepetusan UPSR 2013

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 14 November 2013,Majlis Graduasi &Penyampaian Kepetusan UPSR 2013 telah disempurnakan dlam suasana yang penuh ceria dan begitu hangat sekali.Persoalan dan debaran yang berkecamuk di dada telah terjawablah sudah.

Keputusan adalah seperti berikut :

5A  = 43 orang
4A 1B = 12 orang
3A 2B = 14 orang
3A 1B 1C =1 orang
3A 2 C = 1 orang

Peratus  cemerlang = 50.35
Peratus keseluruhan = 92.6

Berikut adalah peratus bagi setiap subjek;
1.Bahasa melayu Pemahaman = 93.61
2.Bahasa Melayu Penulisan    = 85.11
3.Bahasa Inggeris                  = 94.33
4.Matematik                         = 92.91
5.Sains                                 = 92.2

Gred Purata  ( GPS = 1.83         
5A 2013 bersama guru-guru Tahun 6

4A bersama guru-guru Tahun 6






Tahniah semua :)

Tuesday, November 12, 2013

Penyampaian Hadiah Kecemerlangan

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 13 November 2013 pe nyampaian hadiah-hadiah kecemerlangan telah dilaksanakan di Tapak perhimpunan Skkk2.

Jamuan Akhir Tahun Murid-murid Tahun 6

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 06 November,Jamuan Akhir Tahun Murid-murid Tahun 6 telah selamat diadakan di Dewan Harmoni.Semua murid Tahun 6 telah menghadiri majlis ini bersama guru-guru Skkk2.Dimulakan dengan doa pembuka majlis oleh Ustaz Abdul Halim,diikuti dengan ucapan alu-aluan Tuan Guru Besar,wakil guru,Puan Norhayati dan wakil murid.Majlis berjalan dalam suasana yang meriah.Terima kasih diucapkan kepada semua murid tahun enam dan guru-guru yang terlibat dalam menjayakan majlis jamuan makan tengah hari ini.Saya akhiri penulisan ini dengan serangkap pantun...

 Kalau ada  sumur di ladang
 boleh kita menumpang mandi
 kalau ada umur yang panjang
 boleh kita berjumpa lagi ....

Semoga semua anak didik Skkk2 bakal melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah menengah terpilih.

Saturday, November 9, 2013

Jamuan Akhir Tahun Briged Bestari,Pengawas PSS,Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas Sekolah

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 30 Oktober,Majlis jamuan akhit tahun bagi pemimpin muda  Briged Bestari,Pengawas PSS,Pembimbing  Rakan Sebaya telah disempurnakan di Restoran Su Tomyam,manakala Pengawas Sekolah telah dilaksanakan di KFC Kubang Kerian.
      Bagi  Briged Bestari,Pengawas PSS,Pembimbing  Rakan Sebaya jamuan ini diadakan bersama kerana untuk menyenagkan pengurusan dan juga  bagi menambahkan kemeriahan majlis ini.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripaada Tuan Guru Besar,diikuti dengan penyampaian sijil-sijil dan hadiah-hadiah kecemerlangan para pengawas Briged Bestari,Pengawas PSS,Pembimbing  Ra.kan Sebaya sepanjang tahun 2013 ini.Tuan Guru Besar dan Puan PK Kokurikulum  berkenan menyampaikan hadiah-hadiah tersebut

Hari Kecemerlangan Ko Kurikulum

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 26 Oktober,Hari Kecemerlangan Kokurikulum telah berjaya dilaksanakan di Skkk2 dalam keadaan yang sederhana ,namun tetap meriah.Dimulakan seawal pagi dengan  semua murid berkumpul di tapak perhimpunan sambil menyanyikan lagu Negaraku,Selamat Sultan dan lagu sekolah diikuti dengan  ucapan Tuan Guru Besar disusuli dengan  upacara menaikkan bendera.
Antara acara yang dijalankan pada hari ini ialah pertandingan kawad kaki antara Badan-badan beruniform,pertandingan memasang khemah,pertandingan memasak,pertandingan ikatan dan simpulan,pertandingan perandingan pertolongan cemas dan persembahan kebudayaan.Terima kasih diucapkan kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Ujian Akhir Tahun

Sk Kubang Kerian 2-Ujian akhit tahun untuk murid tahun 1 hingga tahun 6 telah diadakan dari 20-22 November.Semoga dengan ujian ini bakal menentukan kedudukan kelas murid bagi tahun hadapan dan menjadi pengukur ke arah kecemerlangan akademik murid-murid semua.

Jamuan Akhir Tahun Guru

Sk.Kubang Kerian 2-28 Nov 2013,Majlis Makan Tengah Hari merangkap jamuan Akhir Tahun bagi guru-guru dan  kakitangan Skkk2 telah disempurnakan di Restoren New Horizon,Wakaf Che Yeh Kota Bharu dalam keadaan yang sederhana,namun meriah.
       Dalam ucapan alu-aluan Tuan Guru Besar,beliau telah mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa dan bakti yang telah ditaburkan oleh para guru di Skkk2 dalam memdidik anak-anak di Skkk2.Yang dipertua PIBG dan AJK PIBG juga turut sama memeriahkan majlis makan tengah hari ini.Terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa kebajikan guru yang telah mengurus majlis ini dengan jayanya.

Friday, November 8, 2013

Majlis Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 30 Oktober 2013,Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2,telah menerima anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan di BTPN Kelantan.Anugerah ini diberi berdasarkan penilaian sepanjang tahun 2012.Sk Kubang Kerian 2 telah dinobatkan sebagai naib johan dalam katogeri Video Pendek dan tempat ke tiga dalam katogeri Portal Sekolah.Tahniah diucapkan kepada Unit ICT SKKK2 kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah di persada Teknologi Pendidikan.Tuan Guru Besar,En Ismail B Ibrahim bersama Guru Penyelaras Bestari,Puan Wan Ramlah beserta seorang pelajar telah dijemput untuk menerima anugerah tersebut.
Semoga Skkk2 akan terus menjulang nama di persada dunia pendidikan tanah air.

Pertandingan Digital Story Telling Peringkat Negeri Kelantan

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 28 Oktober 2013,Pasukan sekolah telah berentap dalam Pertandingan Digital Story Telling Peringkat Negeri Kelantan yang telah dilaksanakan di BTPN Kelantan,Pengkalan Chepa.Tempoh masa yang diberikan untuk menyiapkan projek animasi adalah selama dua bulan.Meskipun masa yang agak panjang,namun dek kekangan-kekangan dan pertembungan-pertembungan dengan  aktiviti-aktiviti penting sekolah,ianya menjadi agak terhad.Namun begitu pasukan sekolah tetap mengambil inisiatif untuk berusha dan mengambil bahagian dalam pertandingan yang berprestij ini.
     Walau bagaimana pun,pasukan "Smart Team" hanya mendapat saguhati sahaja.Apapun ,tahniah diucapkan di atas kesungguhan anda dalam menjayakan pertandingan ini.Tahniah diucapkan kepada para peserta iaitu Ahmad Aiman B Sahadi,Megat Ahmad Faris B Megat Adnan,Ahmad Izdihar Haikal B Mohd Nasir,Mohamed Al Farabi B Zulkarnain, dan Muhammad Asyraf B Ghazni.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...