Saturday, March 15, 2014

Perkhemahan Badan Uniform Skkk2

Sk Kubang Kerian 2- Tanggal 13 hingga 15 March 2014 satu perkhemahan Badan Uniform Skkk2 telah diadakan di Agro Resort,Setiu Terengganu.Mereka yang terlibat dalam kem ini adalah Persatuan Tunas Puteri,Pengakap,Bulan Sabit Merah, Puteri dan Kadet Remaja.
Perkhemahan ini telah diketuai oleh Tuan Guru Besar,En Ismail B Ibrahim,Puan penolong kanan kokurikulum,diikuti dengan guru-guru penasihat persatuan masing-masing.Yang Dipertua PIBG,En Raisnan B Daud juga tah hadir bagi memeriahkan lagi suasana.
pengalaman memasang khemah....

Taklimat drp Tuan Guru Besar,En Ismail b Ibrahim...

Mandi kolam...suatu riadah yang menyihatkan...

kayak....Aktiviti santai yang menarik


Saturday, March 8, 2014

Mesyuarat Agung PIBG dan Anugerah Kecemerlangan

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 8 March 2014,Mesyuarat Agung PIBG dan Anugerah Kecemerlangan telah dilaksanakan dalam suasana yang sederhana,namun tetap meriah dengan kehadiran para murid-murid cemerlang UPSR 2013,para ibubapa,guru-guru dan juga para jemputan khas.
       Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Mohd Azman B Mohamad Zin,diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar,seterusnya diikuti dengan ucapan perasmian oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN,Tn Hj Abdul Aziz B Abdullah. Mesyuarat Agung PIBG kali ke 25 kali ini mula bermesyuarat pada jam 9.00 pagi dengan mengetengahkan isu-isu hangat mengenai prasarana sekolah dan perancangan sekolah ke arah peningkatan akademik dan pencapaian pelajar bagi sesi persekolahan 2014 ini.Besarlah harapan pengerusi PIBG dan Tuan Guru Besar agar para ibubapa dan juga guru sering berganding bahu ke arah meningkatkan pencapaian murid di dalam UPSR dan peperiksaan dalaman.
     Majlis seterusnya diikuti denagan sesi dialog antara para ibubapa dan guru mengenai perkembangan dan peningkatan anak-anak dalam pelajaran.


Saturday, March 1, 2014

Majlis Pelancaran Program Nilam 2014

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 2 Mac 2014 Majlis Pelancaran nilam telah dilaksanaksn dengan jayanya di tapak perhimpunanan Skkkk2.

Kejohanan Catur MSSSD Kota BharuSk Kubang Kerian 2

SK.Kubang Kerian 2_ Tanggal 21 hingga 23 Februari 2014, pasukan  Sk Kubang Kerian 2 telah mendapat  naib johan peringkat MSSK.Pasukan ini diketuai oleh Adik Ahmad Aiman b Sahadi.Manakala pada 8-9 Feb yang bertempat di SMK Panchor Perdana,Kota Bharu yang diadakan baru-baru ini,pencapaiannya adalah seperti berikut :
Adik Ahmad Aiman B Sahadi telah berjaya menjuarai katogeri 12 tahun,manakala Muhammad Haziq Danial B Roslan telah mendapat tempat ke enam.Bagi katogeri perempuan bawah 12 tahun pula,Adik Nur Syazlin Farhani Bt Shariff telah mendapat tempat ke empat.Adik Wan Nur Alya Nadhirah pula telah mendapat tempat ke lima.Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang telah mengharumkan nama sekolah.Tahniah juga diucapkan kepada jurulatih dan pengurus pasukan,Puan Johaini Bt Tahir dan En.Roslan B Majid.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...