Sunday, December 28, 2014

Bantuan Banjir di Pusat Pemindahan Banjir Skkk2

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 28 Dec 2014 merupakan hari ke 5 Skkk2 menjadi Pusat Pemindahan Banjir kepada mangsa-mangsa banjir yang terdiri daripada penduduk sekitar.Hari ini beberapa NGO telah melawat dan menghulurkan bantuan.Bantuan ini merupakan makanan,pakaian,minuman,tikar,selimut dan juga wang saku.







Antara keadaan rumah-rumah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan ini.

Lagi Bantuan Banjir di Pusat Banjir Skkk2

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 27 Dec 2014 kunjungan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan Timbalan Menteri Besar Negeri Kelantan telah sedikit sebanyak menyuntik semangat dan rasa dihargai,disayangi dan dikasihi serta diambil berat oleh mangsa-mangsa banjir yang berpusat di Sk Kubang Kerian 2 ini.Mereka datang untuk beramah mesra dengan mangsa-mangsa banjir yang telah menghuni pusat ini sejak 24 Dec 2014 lagi.Ngo-ngo ini ada yang datang dari Negeri Selangor,Penang dan lain-lain negeri.
       Para guru dan Jawatankuasa Banjir dan Bencana Alam Skkk2 juga tidak ketinggalan turut memberikan sumbangan samada dalam bentuk material maupun sokongan moral.Jawatankuasa ini sentiasa memantau perkembangan para mangsa ini.Segala kekurangan akan terus dilaporkan kepada pihak yang berwajib.Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan Timbalan Menteri Besar Negeri Kelantan,Ngo-ngo,para guru dan Jawatankuasa Banjir dan Bencana Alam Skkk2 yang sentiasa perihatin terhadap kesusahan dan kepayahan yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir ini.Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi dan jasa tuan puan semua.
antara sumbangan yang berbentuk makanan

para sukarelawan yang giat membantu

Pasukan sukarela bomba yang sentiasa membantu

bantuan yang sudah pasti banyak memberi makna...

Friday, December 26, 2014

Penangguhan Pendaftaran Tahun 1 hingga 6 Sesi 2015

Skkk2 - Pendaftan murid Prasekolah hingga Tahun 6 yang dijadualkan pada 28 Dec 2014 telah ditangguhkan pada 1.Januari 2015 kerana  Sk Kubang Kerian 2 telah dijadikan  Pusat Pemindahan Banjir bagi kawasan-kawasan dan kampung-kampung yang berhampiran.Tuan Guru Besar bersama PKHEM,PKP dan PKKO telah bermesyuat untuk menangguhkan pendaftaran tersebut memandangkan sehingga hari ini jumlah mangsa hampir mencecah seribu orang.Segala kesulitan sangat dikesali.

Antara foto-foto banjir :

Skkk2 Pusat Pemindahan Banjir

Sk Kubang Kerian 2 -Sejak 24 Dec 2014 Sk  Kubang Kerian 2 telah dijadikan Pusat Pemindahan Banjir untuk mangsa-mangsa banjir di kawasan sekitar.Kebanyakan mangsa banjir adalah mereka yang telah berpindah dari Kampung Chicha,Wakaf Stan,Pasir Tubuh,Pasir Jelatang dan beberapa kampung di sekitar Kubang Kerian.Sehingga 27 Dec 2014 didapati jumlah mangsa hampir seribu orang.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...