Wednesday, August 13, 2014

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Perpisahan PK HEM

Sk Kubang Kerian 2-Tanggal 14 Ogos 2014 satu majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Perpisahan PK HEM diadakan pada hari yang sama.
Dimulakan dengan perphhimpunan di Dewan Harmoni.Seperti biasa,majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz mohd Azman B Mohd Zin,diikuti dengan nyanyian lagu "Hari Raya "dan acara bebas di pentas.Guru-guru dan murid-murid mempersembahkan bakat masing-masing.
    Pada jam 9.45 pagi,majlis berhenti rehat seketika dan disambung semula dengan jamuan kelas masing-masing.Guru-guru dan para pekerja juga turut memeriahkan jamuan di kelas-kelas bersama murid-murid.
   Pada jam 12.30 tengah hari,semua guru dan staf berkumpul di bilik Wawasan untuk meneruskan program pada hari ini.majlis Perpisahan PK HEM lama,Puan Hjh Halimah Bt Abdullah Kutty diadakan serentak dengan Ucapan Selamat datang kepada Pk HEM baru.Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Guru Besar bagi mengalu-alukan kedatangan PK HEM baru ke sekolah ini dan mengucapkan selamat berpisah kepada PK HEM lama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...