Wednesday, January 27, 2016

PENYERAHAN TUGAS

Sk.Kubang Kerian 2: Beberapa orang guru yang memegang jawatan utama telah menyerahkan tugas dan menerimactugasan baharu mengikut potfolio masing-masing.

Guru Pelatih Baru

Sk.Kubang Kerian 2-Seramai dua orang guru pelatih dari IPG Kota Bharu telah dihantar untuk menjalani praktikum di sini.Tahniah dan selamat datang kepafa ke dua-dua orang guru pelatih ini.Semoga adik-adik dapat memberi komitmen dan kerjasama kepada pihak sekolah bagi membimbing anak-anak didik di sini di samping menimba kemahiran dan perkongsian ilmu di sini.Jika ada sebarang masalah dalam menjalani sesi praktikum di sini,janganlah malu atau segan untuk sama-sama berkongsi dengan kami semua.

Penyampaian Sijil UPKK

Sk.Kubang Kerian 2-Murid-murid dari Tahun 6 telah menerima sijil masing-masing dalam majlis penyerahan sijil UPKK yang diadakan di dewan terbuka SKKK2.Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya.





Majlis Konsultansi dan Akujanji

Majlis Konsultansi dan Aku Janji Guru Ibubapa dan Calon UPSR 2016
SK.Kubang Kerian 2 berlangsung pada hari ini oleh Dr. Mohamad Rosli b Mohd Salleh,pensyarah Pengajian Islam Kolej Poly-Tech MARA,Kota Bharu,Kelantan.

Saturday, January 16, 2016

Mesyuarat Panitia-panitia Skkk2

Sk.Kubang Kerian 2-Minggu pertama dan ke dua persekolahan merupakan mesyuarat-mesyuarat bagi pantia-panitia mata pelajaran seperti Panitia Bahasa Melayu,Panitia Bahasa Inggeris,Panitia Sains,Matematik,Agama Islam,Pen Seni,Pen.Muzik,Pen PJK,Sejarah dan lain-lain. Tahniah diucapkan kepada ketua-ketua panitia kerana telah berjaya mengadakan mesyuarat bagi pengurusan dan pentadbiran mata pelajaran di bawah mereka.Semoga para huru dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik,berkesan dan cemerlang.Teruskan usaha murni untuk mendidik anak-anak bangsa.

Perhimpunan Pertama Sesi 2016

Perhimpunan pertama sesi 2016 telah diadakan di dewan terbuka yang baharu.Dewan ini telah siap dibina pada penghujung bulan Desember 2016 aru-baru ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...