Wednesday, February 22, 2017

Watikah Pelantikan Pemimpin Muda

Sk Kubang Kerian 2 - Tanggal 23 Feb 2017 majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda telah dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Harmoni Sk Kubang Kerian 2.Dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Azman B Mohd Zin diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan PKP Skkk2 Ustaz Abdul Aziz B Haron kemudian diikuti dengan ucapan perasmian oleh Ketua Balai Kubang Kerian beserta gimik perasmian.Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Muda telah disempurnakan dalam suasana yang sederhana tapi  meriah.Dirasmikan oleh Yang Setia Ketua Balai ,Kubang Kerian ,Tuan Edi Amsyar B Endau.Seramai 197  orang peminpin muda yang terdiri daripada pengawas sekolah,(62 orang)Briged Bestari ( 27  orang),Pengawas Pusat Sumber( 60 orang ),Pembimbing Rakan Sebaya( 29 orang ) dan ketua serta penolong ketua darjah ( 48 orang) telah menerima watikah pelantikan masing-masing.   
    
Antara objektif diadakan majlis watikah ini adalah : 
1.Para pemimpin kecil akan dapat merasakan diri mereka diiktiraf dan diakui di peringkat sekolah. 
2.Memikul dan menjalankan tanggung jawab yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan jujur dan berdisiplin. 
3.Mengenali potensi diri mereka sebagai pemimpin pelajar yang cemerlang dan bermotivasi. 
4.mampu menjadi seorang yang menghargai dan menepati masa. 
5.Menjadi individu yang perihatin,positif dan menghormati keunikan orang lain.
 6.mampu berinteraksi dengan baik agar mereka lebih berdiplomasi dalam menjalankan tugas.

 Semoga dengan adanya majlis Watikah Pelantikan ini semua objektif yang disenaraikan di atas akan dapat dicapai oleh setiap pemimpin pelajar Skkk2.Itulah luahan dan harapan daripada para pentadbir sekolah khususnya Guru Besar Skkk2,PK HEM,Unit Kaunseling dan juga guru-guru Skkk2."Disiplin merupakan asas keimanan dan kemakmuran hidup manusia."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...