Monday, April 10, 2017

Majlis Agihan Peranti YES 4G dan Pelan Data Guru

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 10 April 2017 Guru Penyelaras Bestari Skkk2 Pn Wan Ramlah Bt Daud  bersama PK HEM.Puan Salihah Bt Zakaria telah menghadiri Majlis Agihan Peranti YES 4G dan Pelan Data Guru yang berlangsung di PPD Kota Bharu.Majlis ini telah dirasmikan oleh Ybrs Tn.Hj.Jaafar b Ismail,Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan.

Sunday, April 2, 2017

Majlis Persaraan Guru Besar Skkk2

Sk.Kubang Kerian 2- Tanggal 2 April 2017 satu majlis persaraan khas untuk Tuan Guru Besar Skkk2 telah diadakan dalam suasana yang sederhana namun tetap meriah di mana pelbagai acara  gilang-gemilang telah diadakan.
Dimulakan dengan dengan sambutan ketibaan Tuan Guru Besar di dataran perhimpunan,kemudian dibawa masuk ke Dewan Harmoni dengan diiringi paluan kompang bersama murid-murid yang ditugaskan.Acara gimik diteruskan dengan upacara membasuh kaki menggunakan air dari tempayan,diikuti dengan guru besar menarik tali bunting selamat berpisah diiringi tepukan yang gemuruh dari warga sekolah.
kemudian bacaan doa diteruskan oleh Ustaz Mohd Azman B mat Zin.Tuan Guru Besar En Ismail b Ibrahim telah memmberi ucapan terakhirnya,kemudian diteruskan dengan tayangan multimedia dan persembahan-persembahan menarik daripada guru-guru dan murid-murid Skkk2.


































 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...