Tuesday, October 12, 2010

Sekolah Kami Naib Juara Pertandingan Space Challenge 2010

Tahniah kepada murid-murid kami yang menjadi peserta Space Challenge 2010 yang diadakan di Kuala Lumpur pada minggu lepas di mana sekolah kami telah berjaya menjadi Naib Juara Pertandingan Space Challenge 2010.
Satu upacara ringkas telah diadakan di Dataran Madani sempena kejayaan tersebut.
























Tuesday, September 28, 2010

Lawatan Sambil Belajar Ke Langkawi Murid Lepasan UPSR





Selamat berangkat ke Langkawi bagi murid-murid lepasan UPSR dan guru-guru pengiring. Semoga selamat pergi dan selamat kembali. Have fun!!

Ceramah Kesihatan Oleh Dr Zaharuddin dari USM




Ceramah Kesihatan Oleh Dr Zaharuddin dari USM tentang bahaya penyakit demam denggi telah diadakan di kantin SKKK2 pada pagi ini.

Monday, September 20, 2010

Selamat Menempuh Peperiksaan UPSR 2010

Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2 mengucapkan selamat menempuh peperiksaan UPSR 2010 kepada semua murid tahun 6. Dan kami mendoakan semua murid dapat menjawab dengan tenang dan mencapai keputusan yang cemerlang.

Saturday, July 17, 2010

Program Rehat Minda Murid UPSR2010

Sekitar Program Rehat Minda Murid UPSR2010 yang diadakan di Perdana Resort pada hari Sabtu 17 Julai 2010.

Sunday, June 27, 2010

Saturday, June 12, 2010

Kelas Tambahan UPSR Masa Cuti Bermula

Kelas Tambahan UPSR Masa Cuti selama seminggu bermula pada hari ini dengan melibatkan semua murid tahun 6. Selamat belajar dan semoga berjaya dalam UPSR 2010 nanti.

Thursday, June 3, 2010

Wednesday, April 28, 2010

Sunday, April 18, 2010

MARKSHEET UBB2

Perhatian kepada semua guru-guru kelas. Anda boleh mula download marksheet kosong di menu download mulai sekarang. Terima kasih.

Saturday, April 17, 2010

Jadual UBB2 (Ujian Bulan April)

Guru-guru, ibubapa penjaga dan murid-murid sila dapatkan jadual peperiksaan UBB2 (Ujian Bulan April) hari ini di sini.
Selamat menempuh peperiksaan dan selamat menjawab soalan dengan penuh berhikmah!

Sunday, April 11, 2010

Majlis Program Anak Angkat

Perbincangan profesional antara Guru Besar dengan anak-anak angkatnyaPKP sedang berbincang dengan anak angkatnya
Anak angkat PK HEM
Anak angkat PK KO
Anak-anak angkat sedang berbincang dengan ibu angkat masing-masing
Anak-anak angkat Ustazah Asliza

Sunday, April 4, 2010

Target Murid 2010

Perhatian kepada semua guru tahun 6, sila dapatkan maklumat target murid upsr 2010 di ruangan download mulai sekarang. Terima kasih.

Target Murid 2010

Perhatian kepada semua guru tahun 6, sila dapatkan maklumat target murid upsr 2010 di ruangan download mulai sekarang. Terima kasih.

Tuesday, March 30, 2010

UJIAN PERMATAPINTAR UKM1 KINI BERMULA

Makluman kepada semua ibubapa penjaga. Ujian PERMATApintar UKM1 telah bermula dari 1 Mac 2010 hingga 31 Mei 2010. Ujian ini adalah untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun sahaja. Ujian ini boleh dilakukan sama ada di sekolah, rumah, cybercafé atau dimana sahaja terdapat capaian internet. Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk pelajar menyertai program-program.
1. Perkhemahan PERMATApintar Negara di UKM (untuk pelajar berusia 9-15 tahun)
2. Perkhemahan PERMATA Insan yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar berusia 8-12 tahun)
3. Akademi PERMATApintar UKM iaitu sekolah khas pintar cerdas (untuk pelajar tingkatan 3 pada tahun 2010 yang akan memasuki tingkatan 4 Akademi pada tahun 2011).
Harapan pihak sekolah agar semua ibubapa mempastikan anak-anak anda menyertai ujian ini.
Bagi yang ingin menyertai ujian ini para ibubapa boleh melayari http://www.permatapintar.edu.my/ dan untuk maklumat lebih lanjut sila muatturun "Bagaimana hendak menduduki Ujian PERMATApintar UKM1" disini.

Saturday, March 27, 2010

Kempen 1 Malaysia Membanteras Dadah


Kempen 1 Malaysia Membanteras Dadah telah secara rasminya dilancarkan oleh Tuan Guru Besar serentak dengan Majlis Pelancaran Majlis Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah 2010 di tapak perhimpunan sekolah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...